Saturday, April 28, 2012

Julius Caesar




Ucapan terkenal Caesar, "Aku datang, aku lihat dan aku takluk" (Veni Vidi Vici).
Gaius Julius Caesar (13 Julai 100 SM - 15 Mac 44 SM) ialah seorang ahli politikjeneral Rom dan penulis yang memainkan peranan yang genting dalam pengubahan Republik Rom menjadi Empayar Rom. Beliau telah dianggap secara meluas sebagai salah satu daripada genius tentera dalam sejarah, serta ahli politik yang bijak dan pemimpin yang kuat di dunia kuno. Caesar membuat serangan pertama oleh Rom terhadap Britain pada tahun 55 SM, dan penaklukan Gaul oleh beliau telah memperluas dunia Rom sehingga ke Lautan Atlantik. Sejak beberapa zaman, gelaran "Caesar" telah menjadi lambang pemerintah agung yang berkuasa seperti "Kaiser" dalam bahasa Jerman dan "Tsar" dalam bahasa Slavik. Pada tahun 42 SM, iaitu dua tahun selepas pembunuhannya, Senat Rom telah menerima Caesar secara rasmi sebagai salah satu daripada dewa Rom. Dilahirkan pada bulan Quinctilis (13 Julai), bulan ini kemudiannya diberikan nama "Julai" (daripada nama "Julius") untuk memperingati jasa beliau.
Caesar bertempur dalam satu perang saudara yang menyebabkan beliau menjadi penguasa dunia Rom yang tidak dapat dipertikaikan dan selepas mengambil alih kerajaan, beliau memulakan pembaharuan yang meluas untuk kedua-dua masyarakat dan kerajaan Rom. Beliau diisytiharkan sebagai diktator seumur hidup, dan memusatkan birokrasi Republik dengan pesat. Dengan penuh ironi, ini memaksakan Marcus Junius Brutus, kawan Caesar, untuk berkomplot dengan orang-orang lain bagi tujuan membunuh beliau dan memulihkan Republik Rom. Pembunuhan yang dramatik ini pada 15 Mac 44 SM mencetuskan satu perang saudara yang baru di Rom.
Kempen-kempen ketenteraan Caesar dikenali secara terperinci daripada Ulasan-ulasan beliau sendiri, dan banyak perincian hidupnya telah dicatatkan oleh ahli-ahli sejarah yang kemudian, seperti AppianSuetoniusPlutarchCassius Dio, dan Strabo. Maklumat tambahan boleh didapati daripada sumber sezaman yang lain, seperti persuratan dan ucapan Cicero, pesaing politik Caesar, serta puisi Catullus, dan tulisan ahli sejarah Sallust.

               Karya dari Julius Caesar
  • As a rule, men worry more about what they can't see than about what they can.
  • Caesar's wife must be above suspicion.
  • Cowards die many times before their actual deaths.
  • Experience is the teacher of all things.
  • Fortune, which has a great deal of power in other matters but especially in war, can bring about great changes in a situation through very slight forces.
  • I came, I saw, I conquered.
  • I had rather be first in a village than second at Rome.
  • I have lived long enough both in years and in accomplishments.
  • I have lived long enough to satisfy both nature and glory.
  • I love the name of honor, more than I fear death.
  • If you must break the law, do it to seize power: in all other cases observe it.
  • In war, events of importance are the result of trivial causes.
  • It is better to create than to learn! Creating is the essence of life.
  • It is easier to find men who will volunteer to die, than to find those who are willing to endure pain with patience.
  • It is not these well-fed long-haired men that I fear, but the pale and the hungry-looking.
  • Men are nearly always willing to believe what they wish.
  • Men freely believe that which they desire.
  • Men in general are quick to believe that which they wish to be true.
  • Men willingly believe what they wish.
  • No one is so brave that he is not disturbed by something unexpected.
  • The die is cast.
  • What we wish, we readily believe, and what we ourselves think, we imagine others think also.
  • Which death is preferably to every other? "The unexpected".

                    Caesar maharaja rom yang terulung.




Sewaktu di medan perang, beliau terbukti seorang yang berani dan penuh berkaliber. Apabila tentera Rom mengepung Mytilene, di pulauLesbos, beliau telah dihantar ke Bithynia, di selatan pesisiran pantai Laut Hitam untuk memujuk Raja Nicomedes IV Philopator agar menawarkan angkatan lautnya kepada Marcus Minucius Thermus di Lautan Aegean. Raja ini kemudiannya bersetuju dengan permintaannya. Walaupun begitu, persetujuan yang mudah diperolehi oleh Caesar telah menimbulkan skandal kononnya Caesar telah memberi balasan seksual kepada raja tersebut. Cerita seorang patrician dijadikan pelacur lelaki male prostitute telah menjadi kisah sensasi di Rom dan musuhnya kerap menggunakan skandal-skandal ini untuk menjatuhkan karier politiknya. 

Pada 80 SM, semasa berkhidmat di bawah Thermus, beliau memainkan peranan utama dalam pengepungan Miletus. Sewaktu perang tersebut, Caesar mempamerkan keberaniannya dengan menyelamatkan beberapa tentera legionaries dan beliau telah dianugerahkan dengan kehormatancorona civica (mahkota oak). Mahkota ini adalah kehormatan kedua tertinggi (selepas corona graminea - Mahkota Rumput) dalam militari Rom, dan ianya dianugerahkan kepada Caesar kerana berjaya menyelamatkan seorang tentera. Mahkota corona civica merupakan anugerah yang amat berprestij. Sekiranya penerima anugerah ini berada di Senat Rom, semua ahli Senat terpaksa berdiri dan memberi tepukan gemuruh kepada pemakainya. Caesar kerap memakainya terutamanya di hari-hari perayaan disebabkan beliau suka dipuji dan bagi menutup kepalanya yang kian membotak. Disamping mahkota, Caesar telah dihadiahkan pingat yang kecil sebagai tanda keberaniannya.